WELCOME TO MY SITE

Member

Isnin, 15 Mac 2010

Saya sebatang pen


Saya sebatang pen yang dicipta di kilang pen.Saya sangat gembira kerana saya dapat hidup bersama kawan-kawan yang dicipta bersama saya. Suatu hari saya dimaksukkan ke dalam kotak lalu saya dan kawan-kawan lain di hantar di kedai market.

Saya sungguh seronok kerana banyak pen-pen dari jenama lain dijual dengan harga yang murah. Selang beberapa hari kemudian, saya diambil dan dibeli oleh seorang lelaki dengan anaknya. Saya sangat gembira bersama tuan saya kerana tuan saya sering menggunakan saya di rumah.

Suatu hari saya di tinggalkan oleh tuan saya di atas meja, lalu saya diambil oleh seorang anaknya yang nakal itu. Budak itu menggunakan saya dengan mencontengkan saya ke buku tuan saya dengan kasarnya.

Apabila budak itu berhenti menconteng , dakwat hitam saya hampir habis kerana dipaksa. Bapa budak itu memarahi anaknya kerana menconteng bukunya .Budak itu menjadi geram lalu melontar saya ke dalam sungai yang deras. Saya sangat sedih lalu saya mati terhempas batu di dalam sungai itu. Itulah riwayat saya sebagai sebatang pen.

3 ulasan:

JaLiFaH BinTi MuHaMiN berkata...

Teringat pula karangan saya d SK Penagatan dulu "Saya sebatang Pen" juga tajuknya. Akhir karangan sy tu...sy bagi tau pen tu dibuang ke dalam tong sampah, itulah nasib sebagai sebatang pen. Heee...menggamit memori ni karangan adik Irfan. Teruskan mengarang dan menulis ya. :D

Unknown berkata...

Mohon kepadaMu ya Allah terangkan lah hati anak saya Nick Irfan untuk menerima tunjuk ajar guru2nya. Semoga Engkau ya Allah mengasihani kami semua. Amin

Tq Jalifah..bagi pihak irfan.
saya terkejut dia pandai pula letak widgit HI FRIENDS..itu dia buat..
sendiri tu.

irfan berkata...

Terima kasih utuk kak jalifah.