WELCOME TO MY SITE

Member

Khamis, 18 Mac 2010

Belada seorang anak kecil

Semalam ada anak kecil menangis.

Pada tubuh yang lembut
diseksa
dikejami
dianiaya
jiwa raganya
yang tidak bisa mengerti.
Hari ini
dia menangis lagi
di mana ada belaian manja
di mana ada kasih sayang
di mana ada rindu .

Dia ada kasih
dia ada sayang
dia ada rindu
tapi...
siapa yang kasih
siapa yang sayang
siapa yang rindu.

Esok....
anak kecil yang tidak berdosa itu
mungkin menangis lagi.

Ahmad Ali
Tanjung Keling,Melaka

2 ulasan:

mr cekodok berkata...

salam adik irfan.tahniah abg ucapkan kpd adik kerana pada umur adik ini sudah punyai blog.boleh berkarya dan pada masa sama boleh tambah kenalan.oh ini anak pakcik etuza ya?wah boleh bersaing dengan ayah untuk jadi blogger terhebat :). teruskan usaha.abang sokong adik irfan :)

irfan berkata...

Wasalam
terima kasih sokongan abg mr cekodok
yes ayah saya la tu hehe.