WELCOME TO MY SITE

Member

Jumaat, 4 Jun 2010

Saya sepasang kasut


Saya sepasang kasut saya dihasilkan di kilang kasut iaitu di Afrika.Kini saya sudah berjenama jenamaku ialah Adidas dan warnaku ialah merah.Saya dimasukkan ke dalam kotak yang besar lalu dimasukkan di dalam lori yang besar bersama kawan-kawanku.Saya dimasukkan ke dalam lori itu kerana dihantar ke Kota Kinabalu Sabah.

Saya pun dikeluarkan pertama kali saya ternampak bandar yang cantik belaka.Saya pun ditempatkan di kedai kasut disitulah saya ternampak kasut -kasut di sedelah saya ini.
Saya dijual dengan harga yang sederhana.Suatu hari seorang pemuda membeli saya.Pemuda itu adalah Lee Chong Wei seorang pemain badminton.Saya sangat gembira kerana sudah mempunyai seorang tuan.

Lima hari telah berlalu saya merasa bosan bersendirian di rumah . Suatu hari tuan ku membawa saya ke taman bunga.Pertama kali saya ternampak bunga-bunga yang cantik belaka.Tiba -tiba tuanku telah ternampak suatu papan tanda menunjukkan pertandingan Piala Thomas iaitu bermula esok dan tuanku berhasrat untuk menyertainya.

Akhirnya tuan ku telah berja menyertai.Tibalah tuanku untuk bermain badminton.2jam telah berlalu tiba-tiba tuanku tlah menang dan saya turut gembira walaupun saya banyak bergerak.

Warnaku telah pudar tuanku cuba mencucinya tetapi warnaku semakin lagi pudar.Tuanku menjemurku di tempat jemuran.Tiba-tiba hujan melanda lagi tuanku cuba mengambilnya tetapi malangnya tuanku terlepas dari gengamanya dan terjatuh ke dalam sungai deras dan saya mati lemas.Begitulah riwayat saya sebagai sepasang kasut.

0 ulasan: